Showing posts with label JOM BUAT SENDIRI. Show all posts
Showing posts with label JOM BUAT SENDIRI. Show all posts

Sunday, 31 March 2013

KEK BUAH CARA UMMUAFIQ.

 



   Akhirnya... sempat juga mencuri waktu menaip resepi ni. Ummuafiq harap pada sesiapa yang tertunggu - tunggu tu, jangan marah yer... Resepi ni sebenarnya adalah resepi kegemaran Ummuafiq. Cirinya yang paling Ummuafiq suka ialah dia tak manis seperti kek buah yang pernah Ummuafiq makan sebelum ni... Sebelum ni memang tak suka makan kek buah sebab dia terlalu manis... jadi sesiapa yang serasa dengan Ummuafiq ni, boleh lah cuba... ye..


Bahan:

Butter (atau magerine) - 280 gm
Icing sugar                  - 225 gm
Telur                           - 4 biji
Kuning telur                - 4 biji
Tepung superfine/tepung kek - 280 gm
Baking powder                     - 1 1/2 sudu teh
Fruit mix (cincang sikit)         -  300gm

Cara :

Rendam mix fruits 10 minit kemudian toskan... selalunya ummuafiq toskan semlman.
Butter dan gula, putar hingga betul2 kembang dan ringan.
Masukkan telur satu persatu, pukul perlahan hingga sebati.
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak...sedikit demi sedikit ke dalam adunan, pukul perlahan hingga sebati.
Akhir sekali masukkan fruit mix, gaul hingga sebati. Bakar ikut oven masing- masing.


Senang kan... simple je resepinya.... untuk Azura Naim dan Haslita Sayuti selamat mencuba.....:)


Wednesday, 5 December 2012

RESEPI TIRAMISU



Alhamdulillah kali ni, Ummuafiq sempat buat entri resepi.... Ini resepi yang Ummuafiq guna  dan alhamdulillah semua yang merasanya suka sangat. Jom kita mula,

Bahan2.

1 biji kek span coklat
250 ml whipp cream (ummuafiq guna brand Vivo)
200 ml cheese cream ( ummuafiq guna Philadilphia)
100 gm gula castor
200-250 ml air panas
1 sudu makan/ besar nescafe sedikit serbuk koko untuk hiasan

Cara

1. Bancuh nescafe dengan air panas, ketepikan.

2. Pukul whipp cream hingga gebu, ketepikan.

3. Pukul cheese cream dan gula castor hingga kembang atau berkrim.

4. Masukkan whipp cream ke dalam mangkuk campuran cheese cream tadi. Satukan, gaul dengan senduk hingga sebati.

5. Potong kek tadi kepada 3 lapisan.

6. Letakkan lapisan pertama kek atas alas yang disukai. Sapukan menggunakan sudu air nescafe ke atas kek hingga basah sepenuhnya.

7. Ratakan 1/4 cream tadi ke atas kek. Kemudian ulang proses ini hingga lapisan kek ke tiga.

8. Ambil sedikit untuk sapukan keseluruhan kek (nipis jer ye). Sejukkan  lebih kurang setengah jam.

9. Sekarang bolehla di deco atau cover dengan cream yang masih ada. Anda boleh buat lebih adunan cream dan boleh buat lapisan cream yang lebih tebal.

10. Pastikan dihidang sejuk.....yummmmmmm


SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 7 October 2012

BAGAIMANA MEMBUAT KEK BELANG ATAU KEK MARBEL.




Ok, untuk yang belum tahu ilmu ni... hari ini Ummuafiq nak share, ikut turutan ganbar yer...

Foto 1 (dari kiri atas) - Siapkan bancuhan kek..boleh google jer.. macam2 resepi kek ada... lepas tu bahagikan kepada dua bahagian. Warnakanlah ikut warna atau perasa yang dikehendaki.  Macam dalam gambar, di atas dia buat satu original dan satu coklat.

Foto 2 (kanan atas) - siapkan loyang yang sesuai, alas kertas minyak, griskan. Lepas tu mula cedokkan warna pertama (mana2 warna yang kita suka), leperkan sikit.

Foto 3 -  Lepas tu cedokkan warna kedua diatas warna pertama dan ratakan mengikut keluasan adunan warna pertama. Yang penting mesti jelas lapisannyer...jangan tercampur dua adunan tu.

Foto 4 dan 5 -  Buatla sampai habis. Bila dah habis, hentakkan sikit loyang supaya adunan kek merata, he
..he bukanla hentak macam hentak kepala orang tu... maksudnya..angkat sikit dan lepas loyang atas meja. Ulang sampai aduanan kek dah nampak rata. Jangan lebih2 pulak yer...

Foto 6 - Itulah hasilnya...cantikkan. Kalau nak belang dia nipis2, sudukan sikit2. Kalau nak belang dia besar2..boleh guna senduk... (Ummuafiq selalu guna senduk..he..he...).

Apa - apa pun kena cuba sendiri dulu, baru tahu. Foto2 diatas Ummuafiq pinjam dari link di bawah...(kes malas nak buat sendiri..)

http://www.mycakeschool.com/blog/how-to-make-a-cake-with-zebra-stripes-on-the-inside/

Monday, 1 October 2012

MACAMANA NAK BUAT FIGURINE BURUNG HANTU YANG COMEL.




Inilah figurine yang akan terhasil. Comel kan...! Di bawah ni pula tutorial  macamana nak buat dia.




Step 1, ini alat2 yang diperlukan. Fondant bewarna atau yang diwarnakan sendiri dan edible pen. Kalau tak ada pen ni, boleh guna fondant warna hitam untuk mata .



Step 2, bulatkan fondant putih sebesar yang kita suka atau kalau tak nak dia jadi berat boleh salutkan fondant pada gula2 coklat yang berbentuk bulat.


Step 3, sediakan badan atau bulu  burung, bentukkan bulat dan leperkan. bentukkan 2 telinga di bahagian atas dan tekan sedikit ke depan di bahagian tengahnya macam dalam gambar.


Step 4, lembapkan sedikit di bahagian   lengkung dalam badan burung. jangan banyak2 air yer... sikit... jer. kalau terlebih lembap nanti fondant jadi lembik dan melekit.



Step 5, bahagian badan yang lebih di belakang, bentukkan runcing dan kemudian bentukkan dia jadi ekor macam dalam gambar di bawah.





Step 6, sekarang lekatkan mata putih. bulatkan 2 biji kecil fondant putih then leperkan sikit, lembapkan dengan air dan lekatkan di tempat yang sesuai.





Diikuti dengan hidung dan bunga dengan cara yang sama. Untuk bunga tu kena guna cutter bunga kecil yer... buat riben pun boleh... ikut suka..




 Step 7, buatkan kaki pulak. bulatkan 2 biji fondant kuning mengikut sais yang sesuai dengan burung. bentukkan runcing seperti di gambar. kemudian buat 2 belahan kecil padanya supaya nampak realistik kakinyer.. lekatkan dengan cara yang sama seperti di atas.... dah siap....


Nanti Ummuafiq akan share gambar burung hantu yang Ummuafiq dah siapkan . kalau sesiapa dah cuba buat ,boleh la share gambarnya di sini yer...Oh ye... satu lagi pesanan Ummuafiq, sebagai orang Islam kalau buat burung hantu ni, biarla untuk kek kanak - kanak yer...itu lebih sesuai....

Ok, untuk rujuk artikel asal...pergi link ni....http://www.bakingdom.com/2011/03/fat-happy-owl-fondant-tutorial.html#comment-25009

Thursday, 9 August 2012

RESEPI KEK OREN NOSTALGIA



Resepi kek ni sebenarnya resepi masa sekolah dulu. Oleh kerana sifu dan anak-anak suka kek ni jadi ikut je resepi lama ni.


BAHAN-BAHAN;
170 gm tepung
170 gm gula kastor
170 gm butter
4 bijitelur
air dari sebiji oren
setengah sudu teh kulit oren setelah diparut
secubit garam
1 sudu teh serbuk penaik
CARA;
1. Pukul gula dan butter hingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur satu persatu sambil pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan kulit oren dan garam, pukul hingga rata.
4. Masukkan tepung di selang seli dengan air oren kemudian di kaup sehingga rata.
5. Panaskan ketuhar 20 minit sebelum masukkan adunan kek.
6. Bakar dengan api 130 darjah C (mengikut oven saya) selama 1 jam.
50 minit pertama guna apa bawah
10 minit terakhir guna api atas bawah


Kek ni agak padat, jadi kalau nak disalut dengan fondant pun boleh....

Tuesday, 31 July 2012

RESEPI BISKUT OAT SUJI

Ha.... tentu tengah tercari - cari resepi biskut  yang nak dicuba tahun ni kan....? Ok... hari ini saya tempekkan pula resepi biskut paling laris di rumah saya he..he.... Yang penting dia mudah dibuat dan sedap. Cuba lah, buat lebih - lebih sikit yer... anak - anak tentu suka.






Bahan - bahan ;

250 gm oat  (dikisar halus)
250 gm minyak sapi ( pastikan yang halal)
120 gm tepung gandum
180 gm gula kasar (dikisar. Kalau nak kurangkan lagi pun boleh)
1 sudu teh esen vanilla
2 peket paper cup bersaiz kecil
gula manik secukupnya untuk hiasan

Cara;

Gaulkan minyak sapi, tepung,gula dan esen vanilla hingga sekata.
Kemudian, masukkan oat dan gaul lagi hingga sebati dan sekata. Dah siap! Senangkan.
Sekarang bentukkan bulat - bulat , lebih kurang 2/3 saiz paper cup. Masukkan dalam paper cup, susun atas tray pembakar dan akhir sekali tabur gula manik atasnya ( 'part' ni Abang Cik memang suka tolong).
Bila dah tersusun dalam tray... eemm comelnyer....Terhiburnya rasa hati, tak terasa penat membuatnya.

Setelah oven dipanaskan lebih kurang 2o minit, bakar dengan suhu 130 darjah celsius atau mengikut ragam oven masing- masing. Yang penting bahagian bawah biskut mestilah nampak sedikit perang.
Setelah disejukkan, bolehlah dihidangkan. Simpanlah kalau sempat he...he....

Sunday, 22 July 2012

RESEPI RED VELVET - JOM BUAT SENDIRI!

Assalammuaalaikum semua....

Baru hari ketiga berpuasa. Bulan Ramadhan ni aktiviti siang agak kurang. Petang sikit baru la sibuk balik ke dapur. Jadi terlebih rajin nak post sesuatu yang baru, Ruangan 'Jom buat sendiri!'

Ada beberapa resepi saya yang saya nak kongsi dengan anda semua khusus untuk menyambut Aidil Fitri nanti. Untuk permulaan ni, apa kata kita mulakan dengan resepi Kek Red Velvet. Ha.... sesiapa yang rajin nak cuba untuk menambah 'keglamoran' di pagi raya nanti, langsir merah, kek atas meja pun merah, apa lagi, jom!... buat sendiri! Sebelum kongsi resepi ni, bagi semangat sikit...tataplah gambar yang kugoogle ni....he..he.. sebenarnya boleh jer hias ikut suka kite. Nak buat kek sebiji boleh, nak buat cupcake pun boleh....



Ok la... ni resepinya, macam rumit jer kan... Tak la sangat... Buat ikut step, satu demi satu.......dan relax.....

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah ( masukkan pada buttermilk so dia tak bergentel)
  • 1/2 cup butter  ( kalau guna marjerin pun sodap..)
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting (memang ni icing yang paling sesuai dengan kek ni)
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. 
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Masa nilah... masukkan pewarna merah secukup merah yang disukai....  Campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Atau ikut kebiasaan oven masing - masing. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.



Resepi - resepi yang saya akan share adalah resepi - resepi yang saya guna atau setidak2nya dah pernah saya cuba. So kalau tak berapa faham...tanya je la...ye..... Ok.. selamat mencuba!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...