Sunday 22 July 2012

RESEPI RED VELVET - JOM BUAT SENDIRI!

Assalammuaalaikum semua....

Baru hari ketiga berpuasa. Bulan Ramadhan ni aktiviti siang agak kurang. Petang sikit baru la sibuk balik ke dapur. Jadi terlebih rajin nak post sesuatu yang baru, Ruangan 'Jom buat sendiri!'

Ada beberapa resepi saya yang saya nak kongsi dengan anda semua khusus untuk menyambut Aidil Fitri nanti. Untuk permulaan ni, apa kata kita mulakan dengan resepi Kek Red Velvet. Ha.... sesiapa yang rajin nak cuba untuk menambah 'keglamoran' di pagi raya nanti, langsir merah, kek atas meja pun merah, apa lagi, jom!... buat sendiri! Sebelum kongsi resepi ni, bagi semangat sikit...tataplah gambar yang kugoogle ni....he..he.. sebenarnya boleh jer hias ikut suka kite. Nak buat kek sebiji boleh, nak buat cupcake pun boleh....



Ok la... ni resepinya, macam rumit jer kan... Tak la sangat... Buat ikut step, satu demi satu.......dan relax.....

Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah ( masukkan pada buttermilk so dia tak bergentel)
  • 1/2 cup butter  ( kalau guna marjerin pun sodap..)
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
  • Cream cheese frosting (memang ni icing yang paling sesuai dengan kek ni)
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. 
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Masa nilah... masukkan pewarna merah secukup merah yang disukai....  Campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Atau ikut kebiasaan oven masing - masing. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.



Resepi - resepi yang saya akan share adalah resepi - resepi yang saya guna atau setidak2nya dah pernah saya cuba. So kalau tak berapa faham...tanya je la...ye..... Ok.. selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...